Selasa, 28 September 2010

Profil Kampung Pangkalan Kuap

Sejarah.

P

ada tahun 1820 kampung ini telah didatangi oleh beberapa orang dari Daerah lain yang hendak pergi ke dusun durian mereka yang terletak di Kampung Kuap Bidayuh yang berhampiran dengan kampung ini. Untuk sampai ke dusun buah buah mereka, pendatang ini terpaksa singgah ke pengkalan sungai yang ada dikampung ini dan mereka membuat pondok sekadar untuk berteduh buat seketika. Walaubagaimanapun mereka telah bertapak disini agak lama juga iaitu dari tahun 1820 sehingga 1828.

P

ada tahun 1829, orang yang mula menerokai kampung ini ialah Encik AMIN BIN TAMIT, berketurunan Melayu dan beragama Islam. Beliau bersama sama beberapa orang ahli keluarganya telah membuka kawasan perkampungan ini yang mulanya hanyalah hutan belantara. Mereka hanya menjalankan aktiviti pertanian sajaha untuk menyara kelaurga . Pada asalnya hanya tiga buah rumah sahaja yang terletak dihulu kampung ini.

P

ada awal tahun 1950an, kawasan kampung ini telah diperluaskan oleh ahli keluarga Encik AMIN, sehubungan dengan itu, sebuah surau telah didirikan secara bergotong royong. Guru Agama pada waktu itu ialah Imam Hj Razak bin Kaik.

M

asa terus berlalu, sehingga ke hari ini jumlah penduduk Kampung pun meningkat mengikut arus pembangunan.Bagi pentadbiran Kampung Hj Seli bin Hassan telah mengambil alih tugas daripada Ketua Kampung Andot bin Man. Dibawah pentadbiran Penghulu Hj Seli banyak perubahan infrastruktur telah berlaku seperti bekalan Air paip, bekalan Elektrik, telefon, sekolah dan juga jalan jalan kampung telah dinaik taraf. Beliau juga adalah seorang Penghulu yang prihatin terhadap nasib penduduk kampung dan beliau sanggup turun padang untuk meninjau keadaan penduduknya untuk berkongsi masaalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan